Pages

Friday, January 21, 2011

Diriku Bukan Seperti yg Kau Sangkakan

Aku....
Mempunyai sekeping hati yang sensitif
Ramai yang berfikiran yang aku ini seorang yang lembap
Tidak boleh meneka apa yang mereka rasakan terhadapku
Aku bukan sebegitu tolol
Untuk tidak menyedari akan ketidaksenangan mu ketika melayanku

Wahai teman,
Aku bukanlah perempuan yang tabah menempuh dugaan
Aku juga punya hati dan perasaan
Jangan kau anggap aku sekuat tubuhku
Jangan kau sangka hatiku kebal dari segala cacian

Aku tetap perempuan

Aku bukan bodoh

Aku ada hati dan perasaan

Tidak bolehkah kamu menjaga perasaanku sahabat?
Walaupunku tahu aku bukanlah sesiapa yang bermakna bagimu

Aku menyedari akan tindak-tandukmu yang suka memperliku secara halus
Inikah yang dinamakan kawan?

Jika sikapmu ini disebabkan diriku yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan
Inginku meminta kemaafan darimu,
Diri ini tidak menyedari akan ralat yang melanda
Diri ini selalu disalahertikan kerana sikapku yang lepas cakap
Amat sukar untukku menghakis sikap ini
Kerana sikap inilah yang membuatkan aku seorang Iman
Kerana sikapku yang berterus terang...

Memang kadangkala aku terpaksa menipu...
Untuk membela diri dan orang lain..
Tapi kamu salah jika mengandaikan bahawa aku tidak ada rasa bersalah
Kerana aku amat merasakannya
Ketika menipu dan menyembunyikan sesuatu
Kerana itu bukanlah sikapku

Jika kamu membenciku sebab itu,
Kamu memang salah!
Kamu tak sepatutnya berkawan denganku!
Membenciku tanpa mengetahui hal sebenar...
Itu salah.......salah sama sekali!

Memang aku seorang yang kasar,
Memang aku seorang yang lantang,
Memang aku seorang yang ganas,
Memang aku seorang yang agak sombong....

Tapi semuanya bersebab!

Kasarku kerana ingin melindungi hatiku supaya tidak disakiti lagi
Oleh kecurangan, pengkhianatan dan penghinaan
Aku sering dikhianati oleh temanku,
Sering dihina caci oleh semua...
Aku perlukan sesuatu untuk melindungi diriku

Ya! Aku seorang yang lantang!
Lantang memberitahu apa didalam fikiranku
Ini kerana tiada siapa yang ingin mendengarku
Baginya, aku bukan siapa-siapa untuk didengari
Begitu rendahkah aku?

Ganas.....
Aku dididik dengan ketegasan yang kurasakan melebihi yang sepatutnya diterima oleh seorang perempuan,
Aku dididik supaya dapat membela adik-adikku
Aku harus menjaga amanah yang diberi oleh ibu bapaku
Amanah supaya menjaga tanggungjawabku

Aku mengaku,
Memang aku agak sombong terhadap orang yang ku kurang kenali
Bukan kerana aku memandang rendah kepadanya,
Bukan sama sekali,
Ini kerana aku mempunyai memori pahit tentang orang ramai
Dulu temanku melarikan diri selepas mengetahui siapa aku sebenar..
Aku pada itu kesepian....
Sampainya hati mereka...
Mulai hari itu aku mula berhati-hati memilih kawan
Aku inginkan seorang sahabat yang bukan sahaja boleh bergurau senda tapi juga boleh berkongsi pengalaman pahit,
Aku tidak perlukan teman yang hanya buat gelak ketawa..
Aku ingin teman sejati...

Jadi, wahai sahabat...........
Jika kau merasakan aku ini terlalu menyakitkan
Jauhi aku...
Jangan kau dekatiku hanya untuk menyakitkan hati...

Sungguh perit apabila mempunyai kawan yang sanggup menikamku dari belakang
Menyindirku tanpa mengira akan perasaanku
Sesungguhnya aku sanggup kehilangan seorang kawan daripada seorang kawan itu boleh menghancurkan hati ini.....


ImanXOXO ♥♥♥

No comments:

Post a Comment