Pages

Thursday, January 20, 2011

Di Saat......

Di kala hati ini resah,
Tiada siapa yang tahu,
Tiada siapa yang menyedari,
Aku terkapai-kapai sendirian,
Menelan resah ibarat menelan pasir yang kesat.

Dikala jiwa ini ketakutan,
Aku keseorangan,
Dimana semua orang?
Hilang ketika aku memerlukan.

Oh, malangnya aku....
Terpaksa menghadapinya seorang diri

Tiada siapa disisi,
Saat aku benar-benar ingin kan seseorang untuk menghulurkan tangan,
Untuk aku meminjam semangat,
Bagi menghadapi semua ini.

Aku bukan siapa-siapa.......bukan siapa-siapa

Ku perlukan seseorang,
Untuk meluahkan,
Segala yang terbuku dihati,
Ia amat menyeksakan dan membebankan,
Hampir-hampir ku mengalah....
Hampir saja.........

Beginilah nasib seorang yang tidak punya apa-apa,
Hanya mampu memendam dam melupakan,
Semua bisa harus ditelan tanpa mengira adakah ia menyakitkan atau sebaliknya.

Hati ini dibalun resah,
Jiwa ini diselaputi ketakutan,
Namun jauh didasarnya, terselit rasa sebak,
Kerana tiada siapa disisi untuk ku berkongsi rasa.

Wahai Tuhan, Kau kirimkanlah seseorang,
Seorang kawan yang memahami,
Tanpa mengira siapa aku,
Aku benar-benar memerlukannya,
SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI!

No comments:

Post a Comment